COVID-19: Rumah bot jadi hospital medan di Yala

Bernama
Jun 28, 2021 03:57 MYT
Hospital Than To menyewa dua bot pelancongan di Empangan Bang Lang di Yala untuk menempat pesakit COVID-19 yang sembuh dan perlu menjalani pemerhatian di hospital. -Gambar hiasan
YALA: PIHAK berkuasa Thailand menjadikan rumah bot sebagai hospital medan untuk menempatkan pesakit COVID-19 berikutan lonjakan kes COVID-19 di Yala, selatan Thailand.
Pengarah Hospital Than To, Dr Mazlan Talib berkata peningkatan kes COVID-19 di Yala telah menyebabkan kekurangan katil di hospital itu dan hospital-hospital berdekatan.
Beliau berkata Hospital Than To menyewa dua bot pelancongan di Empangan Bang Lang di Yala untuk menempat pesakit COVID-19 yang sembuh dan perlu menjalani pemerhatian di hospital.
"Sebuah bot rumah boleh menempatkan 20 katil untuk pesakit COVID-19 yang perlu menjalani pemerhatian selama tujuh hari," katanya kepada Bernama.
Dr Mazlan berkata kemudahan asas dan pegawai perubatan turut ditempatkan di rumah bot untuk mematau kesihatan pesakit COVID-19.
-- BERNAMA
#yala #rumah bot #Hospital Medan #Hospital Than To #Mazlan Talib #bot pelancongan #Empangan Bang Lang
;