COVID-19: Robot bantu tugas jururawat di Itali

Astro Awani
April 9, 2020 07:45 MYT
Robot membantu pasukan perubatan merawat pesakit COVID-19 di Hospital Circolo, di Varese, Itali, 1 April 2020. REUTERS
SEBUAH hospital di Itali memperkenalkan robot bagi membantu jururawat menjaga pesakit positif COVID-19.
Tugas robot berkenaan mempunyai kesan positif terhadap kedua-dua pesakit dan jururawat.
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Kesihatan Sette Laghi memaklumkan, enam robot yang diberi nama Tommy ditugaskan membantu jururawat di Hospital Circolo di Varese, sebuah bandar dalam wilayah Lombardy, di utara Itali.
Robot yang bersaiz kanak-kanak itu akan ditolak ke bilik pesakit dan diletakkan berhampiran katil, supaya doktor boleh menggunakannya untuk memantau parameter dari jauh.
Antara lain, pesakit boleh menggunakan skrin sentuh robot untuk berkomunikasi secara langsung dengan penjaga mereka.
TONTON: Robot UPM bantu petugas barisan hadapan COVID-19
BACA: Kubikel diilhamkan doktor, siap dipasang di HTAA
BACA: Bimbang koronavirus merebak, hotel ganti robot hantar makanan!
BACA: 'Booth' mudah alih antara kaedah terbaharu Korea Selatan tangani penularan COVID-19
TONTON: Robot jadi pembantu separuh masa hospital di China
Bonelli berkata, penggunaan robot itu membolehkan doktor mempunyai hubungan yang lebih baik dengan pesakit, tetapi secara berasingan.
Dr Francesco Dentali, pengarah unit rawatan rapi di hospital itu, berkata: "Ia seperti mempunyai seorang lagi jururawat tanpa perlu memikirkan masalah berkaitan jangkitan."
#COVID-19 #Doktor #Hospital #Itali #jangkitan #jururawat #kesihatan #koronavirus #Lombardy #robot #unit rawatan rapi
;