COVID-19: Republik Czech hadapi peningkatan mendadak

Astro Awani
November 11, 2021 22:57 MYT
Orang awam mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19 Janssen keluaran Johnson & Johnson di sebuah pusat vaksinasi di National Theater, Prague, Republik Czech, 11 Nov, 2021. (Foto AP)
REPUBLIK Czech melaporkan jangkitan COVID-19 baharu yang tinggi dan hampir menyamai jumlah kes harian yang direkodkan ketika gelombang pertama pandemik itu.
Negara itu merekodkan 13,502 kes baharu pada Khamis, manakala kes tertinggi harian yang pernah direkodkan adalah sebanyak 17,776 pada 7 januari.
Kadar jangkitan meningkat kepada 598 kes baharu bagi setiap 100,000 penduduk sejak tujuh hari lalu, lebih dua kali ganda daripada angka yang dicatatkan di negara jiran, Jerman.
Hampir 6.2 juta orang di negara berpenduduk 10.7 juta itu telah diberi vaksin sepenuhnya, iaitu di bawah purata dalam kalangan Kesatuan Eropah.
Perdana Menteri Andrej Babis pada Rabu menyeru warga Czech untuk mendapatkan vaksin.
Babis berkata lebih banyak langkah sekatan akan diluluskan oleh kabinetnya pada Jumaat, bagaimanapun dia menolak negara itu mengenakan perintah berkurung yang ketat.
Pihak berkuasa menyeru semua kakitangan perubatan di hospital, kejururawatan dan rumah pesara perlu menjalani ujian setiap minggu jika mereka tidak diberi vaksin.
Peningkatan mendadak dalam kes baharu itu telah diikuti dengan peningkatan pesakit di hospital.
Hampir 3,500 pesakit COVID-19 dirawat di hospital - kira-kira dua kali ganda angka sejak awal November.
#COVID-19 #Kesatuan Eropah #vaksin #jangkitan tinggi #Republik Czech