COVID-19: Rayuan ibu tidak diendahkan, bayi meninggal dunia di pintu hospital

Astro Awani
April 30, 2021 10:06 MYT
Rintihan itu sempat dirakam di hadapan Hospital King George, India dan menunjukkan keadaan yang sangat membimbangkan di negara terbabit. - Foto Twitter/Uma Sudhir
SEORANG bayi berusia 16 bulan meninggal dunia di bahagian belakang sebuah van sementara bapanya cuba sedaya upaya memberikan oksigen kepadanya.
Ibu bayi berkenaan merayu dan menangis meminta bantuan untuk anaknya itu namun tidak diendahkan, lapor portal berita NDTV.
Rintihan itu sempat dirakam di hadapan Hospital King George, India dan menunjukkan keadaan yang sangat membimbangkan di negara terbabit.
Menurut media tempatan, bayi berkenaan didapati positif untuk COVID-19 dan meninggal dunia 90 minit selepas video tersebut dirakam.
Video itu turut dikongsi penerbit filem Uma Sudhim di akaun Twitter miliknya.
"Seorang ibu menangis/merayu di hadapan Hospital King George bagi memasukkan anaknya berusia 16 bulan yang dilaporkan telah dijangkiti COVID-19 ke dalam wad.
"Wanita itu berkata dia tidak meminta katil, hanya rawatan untuk bayinya itu.
"Bayi berkenaan meninggal dunia 90 minit selepas video ini dirakam di pintu masuk hospital berkenaan," katanya.
Jelasnya lagi, bayi berkenaan tidak langsung diberi rawatan di hospital kerajaan terbesar negara itu.

A mother wailing/ pleading in front of #KGH #Vizag asking for admission & treatment for her 16-month old baby girl who reportedly tested #Covid+ve; she says 'we don't want bed, just treat my baby'; baby died after 90 minutes at doorstep of Hosp @AndhraPradeshCM @ndtv @ndtvindia pic.twitter.com/bjgW4juY3f

— Uma Sudhir (@umasudhir) April 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bayi ini antara ribuan mangsa yang meninggal dunia di luar perkarangan hospital ketika menunggu rawatan.
Pada Khamis, India merekodkan 379,257 kes baharu dengan 3,645 kes kematian dalam tempoh 24 jam.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif negara itu kepada lebih 18 juta kes.
Jumlah kumulatif kes kematian turut melonjak kepada lebih 200,000 kes, menurut data Kementerian Kesihatan namun ramai pakar percaya angka kematian sebenar juah lebih tinggi.
Beberapa negara telah menghulur bantuan kepada India menangangi penularan virus COVID-19 dalam bentuk bekalan perubatan.
Antaranya Amerika Syarikat yang telah menghantar bekalan bernilai lebih AS$100 juta termasuk sejuta kit ujian.
Penghantara pertama telah tiba di New Delhi melalui pesawat kargo C-5 milik tentera udara AS pada Khamis, beberapa hari selepas Presiden Joe Biden menjanjikan bantuan kepada negara itu.
#COVID-19 #bayi #meninggal dunia #Hospital King George #India
;