COVID-19: Ratu Elizabeth, Putera Philip terima suntikan vaksin

Agensi
Januari 11, 2021 23:23 MYT
Ratu Elizabeth II yang berusia 94 tahun dan Duke of Edinburgh, 99 tahun, merupakan golongan kategori berisiko dan diberikan keutamaan mengikut sistem pemberian vaksin di Britain. - AP
LONDON: Ratu Elizabeth II dan suaminya, Putera Philip telah menerima suntikan vaksin COVID-19, menurut jurucakap Istana Buckingham.
Menurut sumber diraja, pemberian suntikan tersebut diberikan oleh seorang doktor di kediaman diraja Windsor Castle.
Ratu Elizabeth II yang berusia 94 tahun dan Duke of Edinburgh, 99 tahun, merupakan golongan kategori berisiko dan diberikan keutamaan mengikut sistem pemberian vaksin di Britain.
Anak lelaki mereka, Putera Charles disahkan positif jangkitan COVID-19 dan diarahkan untuk menjalani kuarantin pada Mac lalu.
Putera berusia 72 tahun itu berkata beliau bernasih baik kerana hanya mengalami gejala ringan.
Dalam pada itu, cucu Ratu Elizabeth, Putera William juga dikesan positif COVID-19 pada April lalu.
Setakat malam Isnin (11 Januari 2021), United Kingdom merekodkan 3,081,368 kes positif jangkitan wabak COVID-19 dan sebanyak 81,567 kes kematian direkodkan.
#Ratu Elizabeth II #Putera Philip #COVID-19 #vaksin #Putera Edinburgh #Duke of Edinburgh #United Kingdom #Putera Charles
;