COVID-19: Rakyat Portugal rai petugas kesihatan setiap jam 10 malam

Afiq Ariffin
Mac 15, 2020 11:43 MYT
Dalam kegelapan malam, bunyi tepukan gemuruh itu kuat didengari di beberapa lokasi terutamanya kawasan perumahan di negara itu. -Gambar hiasan
DALAM menangani krisis penularan wabak COVID-19, semestinya petugas kesihatan merupakan individu yang paling gigih berbakti kepada negara dalam memerangi wabak tersebut.
Di Portugal, orang awam mempunyai cara mereka sendiri dalam mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan mereka.
Setiap hari pada jam 10 malam, orang ramai memberi tepukan gemuruh buat petugas kesihatan yang telah bertungkus lumus bekerja dan bertugas sepanjang masa untuk membantu menangani penularan wabak itu.

Portugal: standing ovation across the country by the people quarantined at home to say #ObrigadoSNS, thank you to the National Health Service and its brave and selfless staff. Very moving. And very much deserved. #SNS pic.twitter.com/tkUDszuHDU

— rui tavares (@ruitavares) March 14, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pelas ruas de Portugal, o apoio aos profissionais de saúde que lutam contra o #COVID19PT. Estou de urgência no Hospital de Braga e sinto-me emocionado com a força do povo português. OBRIGADO A TODOS! pic.twitter.com/cW5nIIdVZW

— Pedro Morgado (@pedromorgado) March 14, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam kegelapan malam, bunyi tepukan gemuruh itu kuat didengari di beberapa lokasi terutamanya kawasan perumahan di negara itu.
Ia tercetus apabila warganet bersolidariti menyatakan penghargaan mereka kepada semua petugas kesihatan.

Viva o Serviço Nacional de Saúde! Público, universal e gratuito!#Lisboa pic.twitter.com/I9h9LyTmrZ

— Bloco Lisboa (@LisboaBloco) March 14, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seperti negara lain, kerajaan Portugal turut mengarahkan rakyatnya agar mengurangkan aktiviti luar serta tidak menggalakkan penglibatan diri di tempat yang sering ditumpu masyarakat.
BACA: COVID-19: Bagaimana China berjaya turunkan jumlah jangkitan secara mendadak
Ia termasuk pengasingan diri, penutupan sekolah, akses terhad kepada pusat membeli-belah dan kawasan rekreasi yang lain.
Malah, aktiviti lawatan ke hospital dan rumah persaraan juga dikurangkan secara beransur-ansur.
Setakat ini, Portugal mencatatkan 169 kes COVID-19 di seluruh negara.
#COVID-19 #Gemuruh #Hospital #kesihatan #koronavirus #Portugal #tepukan #terima kasih #ucapan
;