COVID-19: Rakyat Jepun akan terima vaksin percuma
Agensi
Oktober 27, 2020 21:31 MYT
Oktober 27, 2020 21:31 MYT
Jepun menjangkakan akan mendapat vaksin COVID-19 pada separuh pertama 2021, mencukupi untuk keseluruhan penduduk. - Foto AP
TOKYO: Jepun meluluskan pindaan undang-undang membolehkan penduduk negara itu menerima vaksin COVID-19 secara percuma.
Media antarabangsa melaporkan, vaksin ke atas semua penduduk akan diwajibkan.
Bagaimanapun, jika tidak ada jaminan yang mencukupi mengenai keselamatan vaksin tersebut, ia tidak akan dilaksanakan.
Kerajaan juga akan membayar pampasan sekiranya berlaku kesan buruk disebabkan vaksinasi.
Jepun menjangkakan akan mendapat vaksin COVID-19 pada separuh pertama 2021, mencukupi untuk keseluruhan penduduk.
Pada awal September, Jepun memutuskan untuk membeli 120 juta dos vaksin yang dibangunkan syarikat gergasi farmasi Amerika Syarikat, Pfizer, dan 120 juta dos lagi daripada Astrazeneca di United Kingdom.