COVID-19: Rakyat China marah, adakan protes susulan sekatan

Astro Awani
November 26, 2022 07:40 MYT
Protes di Urumqi yang tercetus akibat perasaan tidak puas hati susulan sekatan COVID-19 yang dikenakan kerajaan. - Foto REUTERS
URUMQI: Keputusan China untuk memperluas sekatan dan penutupan susulan COVID-19 mengundang kemarahan rakyat serta menyebabkan protes berlaku di wilayah Xinjiang dan Beijing.
Ia selepas kes jangkitan COVID-19 dilaporkan meningkat di China.
Orang ramai dilaporkan turun ke jalanan pada Jumaat malam sambil mendesak agar ditamatkan penutupan.
Video juga menunjukkan rakyat China menyanyikan lagu kebangsaan dan menjerit mahukan kebebasan daripada sekatan.
Reuters mengesahkan rakaman berkenaan berlangsung di Urumqi, di mana sebanyak 4 juta penduduknya berada di bawah sekatan paling lama di negara itu iaitu larangan keluar rumah selama 100 hari.
Susulan protes, 10 orang menjadi korban pada Khamis.
Menjelang Sabtu, sekurang kurangnya 10 kompaun dikeluarkan atas premis kerana menarik balik penutupan sebelum tarikh tamat.
Protes sama turut berlangsung di Beijing namun pada skala kecil.
Pihak berkuasa China bagaimanapun enggan mengulas berhubung protes berkenaan.
#COVID-19 #sekatan #protes #penutupan
;