COVID-19: Rakyat AS akui sukar patuhi penjarakan sosial

Agensi
Mei 26, 2020 05:48 MYT
Keadaan di pantai Huntington Beach, California, AS, 23 Mei, 2020. REUTERS
PIHAK berkuasa Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada orang ramai yang ke pantai dan taman supaya mengikuti langkah penjarakan sosial.
Ia bagi mengelakkan peningkatan kes COVID-19 di negara itu menjelang tibanya musim panas pada hujung minggu lepas.
Bagaimanapun, ramai mengakui, mematuhi peraturan penjarakan sosial bukanlah satu perkara yang mudah.
Jabatan Kesihatan Missouri memberi amaran pada Isnin susulan tersebar gambar-gambar dan video orang ramai berpesta pada hujung minggu tanpa menghiraukan arahan penjarakan sosial.
Datuk Bandar Lake Osage, John Olivarri berkata, memastikan orang ramai menjarakkan diri masing-masing adalah satu cabaran.
"Sama ada mereka mahu memakai topeng atau tidak, memakai sarung tangan atau tidak, berjalan di lorong sehala di kedai runcit atau tidak, sukar untuk menguatkuasakan langkah pencegahan awal tersebut," katanya.
Menurut data Universiti Johns Hopkins wabak COVID-19 telah menjangkiti lebih 5.4 juta orang di seluruh dunia dan mengorbankan kira-kira 345,000 mangsa.
Daripada jumlah itu, hampir 100,000 kes merupakan warga Amerika.
#Amerika Syarikat #AS #COVID-19 #hujung minggu #kesihatan #Missouri #Pantai #penjarakan sosial #pesta #rakyat #taman
;