COVID-19: Presiden Turki positif varian Omicron

Astro Awani
Februari 5, 2022 22:42 MYT
Recep Tayyip Erdogan, Presiden Turki. - Gambar fail
PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan dilaporkan positif COVID-19 pada Sabtu.
Menerusi akaun Twitter rasminya, beliau memaklumkan, hasil ujian COVID-19 menunjukkan dirinya dan isteri positif selepas mengalami gejala ringan.
Tambahnya, kedua-dua mereka didapati dijangkiti varian Omicron.
"Kami akan meneruskan tugas di rumah. Kami harap rakyat akan mendoakan kesembuhan kami," katanya.
Barisan pentadbiran parti pemerintah AKP, para menteri dan pemimpin pembangkang turut mendoakan kesembuhan Erdogan.
#Recep Tayyip Erdogan #positif COVID-19 #Presiden Turki #varian omicron