COVID-19: Presiden Poland, Duda disah positif

Agensi
Oktober 24, 2020 17:56 MYT
Pemimpin Parti Konservatif itu melakukan ujian saringan pada Jumaat dan didapati positif. Foto: Reuters
PRESIDEN Poland, Andrzej Duda disahkan positif COVID-19.
Menurut jurucakapnya, pemimpin Parti Konservatif itu melakukan ujian saringan pada Jumaat dan didapati positif.
Bagaimanapun, jelasnya Duda dalam keadaan stabil dan kini dalam proses isolasi.
Keputusan ujian saringan itu dilaporkan ketika Poland mencatatkan peningkatan drastik kes positif dan kes kematian.
Susulan peningkatan itu, pihak berkuasa kesihatan berdepan kesukaran untuk merawat pesakit akibat kelengkapan rawatan yang tidak mencukupi.
Kerajaan dilaporkan dalam usaha untuk membina hospital sementara namun berdepan masalah kepakaran doktor dan jururawat.
Setakat ini, Poland mencatatkan 242,000 kes positif dengan 4,351 kes kematian.
#Presiden Poland #Andrzej Duda #duda #COVID-19 #positif #Parti Konservatif #stabil
;