COVID-19: Presiden Perancis ulangi rayuan rakyat ambil suntikan vaksin
Astro Awani
Januari 1, 2022 10:42 MYT
Januari 1, 2022 10:42 MYT
Presiden Perancis Emmanuel Macron mengulangi rayuan supaya rakyat negara itu yang layak, mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Menerusi perutusan Tahun Baharu 2022, beliau mengakui, tempoh beberapa minggu akan datang akan lebih sukar dengan kes jangkitan mencatat rekod baharu.
"Vaksinasi adalah penyelamat. Ia mengurangkan penularan. Kerana itu sekali lagi saya merayu kepada lima juta penduduk yang tidak divaksin untuk mengambil langkah ini demi diri mereka, rakyat dan negara.
"Perancis bergantung kepada anda," katanya di Paris pada Jumaat.
Menurut beliau, kegagalan mengekang penularan jangkitan baharu, akan menyebabkan sektor sosial seperti sukan, budaya, dan pelancongan merasa kesan ekonomi.
Sehubungan itu, kerajaan akan cuba mengekang gelombang baharu jangkitan dan pada masa sama mengurangkan sekatan.
Perancis merekodkan 232,200 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam.