COVID-19: Presiden Filipina jalani kuarantin kendiri

Astro Awani
Februari 4, 2022 09:10 MYT
Duterte dilaporkan sedang menjalani kuarantin kendiri selepas terdedah kepada individu yang positif COVID-19. -Gambar fail/Reuters
MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dilaporkan sedang menjalani kuarantin kendiri selepas terdedah kepada individu yang positif COVID-19.
Media tempatan melaporkan, individu tersebut merupakan seorang kakitangan di kediamannya.
Bagaimanapun, Duterte disahkan negatif selepas menjalani dua ujian berikutan pendedahan tersebut.
Difahamkan Duterte meneruskan tugasnya semasa kuarantin dan berhubung dengan menteri Kabinet bagi menyelesaikan isu kecemasan dan pandemik.
Duterte sudah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 dah sudah menerima dos penggalak bulan lepas.
Pada masa sama, Setiausaha Kabinet mengesahkan Duterte ada menerima rawatan di Pusat Rawatan Cardinal Santos.
Namun ia adalah rutin pemeriksaan kesihatan biasa.
COVID-19 | Presiden Filipina jalani kuarantin kendiri
#Rodrigo Duterte #COVID-19 #kuarantin #Pusat Rawatan Cardinal Santos
;