COVID-19: Polisi kuarantin di rumah timbulkan reaksi berbeza dalam kalangan rakyat Jepun
Astro Awani
Ogos 4, 2021 07:02 MYT
Ogos 4, 2021 07:02 MYT
TOKYO: Rakat Jepun menyuarakan reaksi berbeza susulan keputusan kerajaan memperkenalkan polisi baharu yang membenarkan pesakit COVID-19 berisiko rendah dikuarantin di rumah dan bukan di hospital.
Ini berikutan peningkatan kes harian di Tokyo sejak beberapa minggu lepas susulan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Ada yang berpendapat, sekiranya pesakit mengalami simptom yang tidak serius, mereka selesa untuk dikuarantin di rumah.
Namun, ada juga yang mendakwa polisi terbaharu itu mungkin meningkatkan lagi kadar jangkitan dalam komuniti.
Tokyo merekodkan 4,166 kes baharu, rekod tertinggi sejak bermulanya pandemik.
Polisi baharu yang diumumkan itu menjadi perdebatan dalam sidang Parlimen.
Ia selepas Perdana Menteri, Yoshihide Suga mengumumkan polisi tersebut sebagai usaha terbaharu mengelakkan kesesakan di hospital.
Ia juga menjadi keutamaan dalam memastikan pesakit yang lebih kritikal mendapat rawatan yang secukupnya.
Pihak pembangkang dan beberapa penggubal undang-undang berpendapat kuarantin di rumah meningkatkan risiko kematian.
#COVID-19
#kuarantin
#Jepun
#Tokyo
#Sukan Olimpik Tokyo
#Tokyo 2020
#Olimpik Tokyo
#olimpik 2020
#jangkitan
#pandemik
#Yoshihide Suga