COVID-19: PM New Zealand, menteri potong 20 peratus gaji
Agensi
April 15, 2020 14:37 MYT
April 15, 2020 14:37 MYT
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan gajinya dan pegawai atasan kerajaan akan dipotong sebanyak 20 peratus selama enam bulan sebagai menghargai pengorbanan rakyat dalam menangani pandemik COVID-19.
Menurut Jacinda, pemotongan gaji itu merupakan simbolik, selain memberi jaminan ia tidak akan menjejaskan kedudukan kewangan negara secara menyeluruh.
Pemotongan gaji tersebut melibatkan menteri-menteri kerajaan, ketua eksekutif organisasi kerajaan, selain Ketua Pembangkang, Simon Bridges turut menawarkan diri untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun, Jacinda menegaskan, pemotongan gaji tidak akan melibatkan kakitangan barisan hadapan seperti doktor atau jururawat.
Untuk rekod, Jacinda memperoleh gaji tahunan sekitar AS$286,000.
Setakat ini, New Zealand mencatatkan 1,386 kes positif COVID-19 dengan sembilan kematian akibat pandemik tersebut.
#20 peratus
#COVID19
#enam bulan
#Jacinda Ardern
#New Zealand
#Perdana Menteri
#positif COVID-19
#potong gaji