COVID-19: PM Korea Selatan disahkan positif
Astro Awani
Mac 4, 2022 08:50 MYT
Mac 4, 2022 08:50 MYT
PERDANA Menteri Korea Selatan, Kim Boo-kyum, disahkah positif COVID-19 pada Khamis.
Perkara itu disahkan pejabatnya, dengan kes harian juga menunjukkan peningkatan drastik di negara itu minggu ini, susulan penularan varian Omicron.
Difahamkan sebelum ini, Kim banyak melakukan mesyuarat secara dalam talian, melawat pusat perubatan dan fasiliti pendidikan untuk memantau proses kuarantin dan menggalakkan vaksinasi.
"Beliau batuk sedikit pagi tadi tetapi kini hanya mengalami simptom selsema ringan," menurut seorang pegawai di pejabatnya.
Beliau kini menjalani proses rawatan di rumah dan sehubungan itu, mesyuarat antivirus antara agensi buat sementara ini akan dipengerusi pegawai lain.
Setakat tengah malam Rabu, Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) melaporkan 198,803 kes baharu COVID-19, sehari selepas jumlah harian mencecah rekod 219,241.
Jumlah kematian harian mencipta rekod baharu dengan 128 kes, menjadikan jumlah keseluruhan 8,394, dan kes serius meningkat kepada 766, berbanding kira-kira 300 dua minggu lalu.