COVID-19: PM Jepun isytihar darurat di Tokyo, Olimpik tanpa penonton

Agensi
Julai 8, 2021 20:43 MYT
YOSHIHIDE SUGA: Kita perlu mengambil langkah yang lebih ketat demi menghindari satu lagi penularan ke seluruh negara. - Reuters
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga pada Khamis mengambil keputusan untuk meletakkan Tokyo di bawah perintah darurat, berikutan situasi pandemik COVID-19 yang tidak menentu.
Reuters melaporkan, pengisytiharan itu terpaksa dibuat sepanjang tempoh temasya sukan Olimpik sebagai usaha mengekang peningkatan kes jangkitan.
Langkah tersebut, yang berkuat kuasa bermula Isnin ini sehingga 22 Ogos, bakal menyaksikan temasya sukan itu dilangsungkan tanpa penonton di ibu negara berkenaan.
Perkembangan itu dilihat sebagai suatu tamparan terbaru terhadap acara besar berkenaan yang sebelum ini sudah tertangguh selama setahun.
"Kita perlu mengambil langkah yang lebih ketat demi menghindari satu lagi penularan ke seluruh negara, juga dengan mengambil kira impak varian-varian COVID-19," ujar Suga selepas memuktamadkan keputusan mengisytihar darurat di Tokyo, serta memanjangkan tempoh darurat yang sebelum ini dikenakan ke atas Okinawa.
Sebuah sidang media lanjutan menyusul untuk memperincikan langkah-langkah yang bakal diambil.
Sementara tu, di bawah perintah darurat yang lebih longgar di Chiba, Saitama, Kanagawa d Osaka, aktiviti perniagaan hanya dikenakan sekatan yang longgar selain tumpuan hanya dibuat di kawasan berisiko tinggi.
Perintah darurat buat masa ini juga sedang berlangsung di Hokkaido, Aichi, Kyoto, Hyogo dan Fukuoka, dan dijadualkan taat pada Ahad ini.
#Jepun #COVID-19 #darurat #perdana menter jepun #Yoshihide Suga #temasya olimpik #penularan #jangkitan #pandemik
;