COVID-19: PM Britain umum pelan longgarkan sekatan

Astro Awani
Mei 10, 2020 06:35 MYT
Johnson menegaskan kerajaannya tidak akan menamatkan sekatan sepenuhnya ketika negara itu berdepan risiko peningkatan kes maut akibat COVID-19. -Reuters
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengumumkan pelan untuk melonggarkan sekatan bersyarat di negara itu.
Johnson bagaimanapun menegaskan kerajaan tidak akan menamatkan sekatan sepenuhnya ketika negara itu berdepan risiko peningkatan kes maut akibat COVID-19.
Bermula Rabu, rakyatnya dibenarkan melakukan lebih banyak aktiviti luar.
Pembukaan sektor ekonomi bagaimanapun hanya akan dilakukan secara berperingkat.
COVID-19: Ini gambaran penuh rancangan pembukaan semula UK
COVID-19: Tiada perubahan mendadak, UK ambil langkah sangat berhati-hati
Ini 4 strategi dan 5 kriteria dipilih Boris Johnson untuk buka semula ekonomi UK
“Ini bukan masanya untuk menamatkan sekatan minggu ini, sebaliknya kita mengambil langkah berhati-hati untuk mengubah suai pendekatan kita.
“Pertama adakah perubahan yang kita harap rakyat dapat laksanakan minggu ini.
"Kami maklumkan untuk anda bekerja dari rumah sekiranya boleh. Kita tekankan mereka yang tidak mampu untuk bekerja dari rumah, contohnya mereka yang berada dalam sektor pembinaan dan pembuatan, mereka digalakkan mula bekerja semula.
UK umum pelan pelonggaran sekatan Ahad ini
Beliau turut menyarankan rakyat untuk mengelakkan penggunaan pengangkutan awam.
“Kami mahu anda semua selamat untuk pergi bekerja. Elakkan pengangkutan awam sekiranya mampu,” katanya.
Johnson juga mengumumkan sekolah hanya akan mula dibuka bermula Jun.
UK dijangka benarkan sekolah beroperasi mulai 1 Jun
United Kingdom menguatkuatkuasakan sekatan bermula 23 Mac lalu.
Sehingga kini, negara itu mencatatkan 32,000 kematian iaitu antara yang tertinggi di Eropah.
#Boris Johnson #COVID-19 #ekonomi #koronavirus #longgar sekatan bersyarat #Perdana Menteri Britain #risiko peningkatan kes maut #ubah suai pendekatan #United Kingdom
;