COVID-19: PM Britain dijangka umum pelan pemulihan musim sejuk
Astro Awani
September 12, 2021 07:05 MYT
September 12, 2021 07:05 MYT
LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson akan membentangkan pelan pemulihan COVID-19 bagi musim sejuk.
Antara pengumuman penting adalah pembatalan pengenalan pasport vaksin dan penamatan kuasa-kuasa kecemasan.
Johnson ketika ini berdepan kritikan susulan pengumuman peningkatan cukai dalam usaha untuk membaikpulih krisis kesihatan dan sosial.
Susulan itu, beliau dijangka akan mengumumkan pembatalan pengenalan pasport vaksin biarpun kes harian masih mencatatkan peningkatan.
Dalam satu temu bual, Menteri kesihatan, Sajid Javid menjangkakan tiada lagi sekatan yang akan diumumkan di England.
Tumpuan ketika ini terarah kepada vaksinasi dan ujian saringan dalam kalangan rakyat.
Malah difahamkan arahan ujian saringan PCR terhadap pengambara juga dijangka akan ditarik semula.
Javid turut menambah, kerajaan akan terus mengambil langkah berjaga-jaga terhadap keputusan yang bakal diumumkan.