COVID-19: PM Australia sokong langkah Victoria perketat sekatan
Agensi
Julai 30, 2020 22:42 MYT
Julai 30, 2020 22:42 MYT
PERDANA Menteri Australia, Scott Morrison menyatakan sokongan terhadap keputusan pemerintah Victoria untuk mengetatkan sekatan COVID-19 selepas negara itu melaporkan kenaikan harian baru sebanyak 723 kes.
Bercakap kepada media di Canberra, Morrison menyifatkan situasi tu sebagai amat membimbangkan pihaknya.
"Kami kini berada dalam sekatan kuarantin untuk beberapa minggu dan tidak akan memperoleh keputusan yang kami harapkan. Kami akan mengambil langkah-langkah selanjutnya apabila diperlukan," kata Morrison.
"Ia juga akan memberi kesan kepada ekonomi, kami faham keadaan ini, tetapi jika wabak ini terus merebak, ia juga akan memberi kesan," katanya lagi.
Sebanyak 723 kes baharu yang dilaporkan melebihihi jumlah 532 kes yang dicatatkan pada Isnin.
Victoria juga melaporkan kes kematian tertinggi dengan 13 kes setiap hari.
Melbourne dan Mitchell Shire kini sedang menjalani sekatan kuarantin selama enam minggu namun ia akan dilanjutkan sekiranya keadaan semakin teruk.