COVID-19: Petugas kesihatan, golongan rentan penerima pertama vaksin di Jordan
Agensi
Januari 13, 2021 18:02 MYT
Januari 13, 2021 18:02 MYT
AMMAN: Jordan mula memvaksinasi rakyatnya pada Rabu bagi usaha mengawal mengekang penularan wabak COVID-19.
Petugas kesihatan dan golongan rentan merupakan antara mereka yang pertama menerima suntikan vaksin berkenaan, sama ada vaksin Pfizer BioNTech atau vaksin Sinopharm dari China.
Setiausaha Agung Kementerian Kesihatan bagi urusan epidemiologi, Wael Hayajneh, yang juga pegawai yang bertugas menangani krisis COVID-19 itu berkata, pihaknya ingin memvaksinasi sekurang-kurangnya 20 peratus daripada populasi rakyatnya yang terdiri daripada 10.5 juta orang.
"Kami di Jordan berharap untuk memvaksinasi sekurang-kurangnya 20 peratus rakyat kami. Proses yang dimulakan hari ini akan berlanjutan sepanjang tahun ini, 2021.
“Kami memulakan dengan dua kategori iaitu golongan orang tua dan golongan yang mempunyai penyakit kronik yang berusia 60 ke atas.
“Satu lagi kategori ialah petugas kesihatan dan perubatan,” katanya.
Lebih 150,000 orang telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin berkenaan.
Rakyat Jordan pertama yang menerima vaksin, Daoud Hananiah m,eluahkan rasa gembira menerima vaksin itu, dan mengakui dia sangat percaya akan keberkesanannya.
“Secara peribadi, saya benar-benar yakin akan keberkesanan vaksin ini sebagai senjata untuk memerangi koronavirus,” katanya.
Setakat Rabu, Jordan merekodkan 309,846 kes positif jangkitan COVID-19 dan 4,076 angka korban sejak mulanya pandemik berkenaan.
#COVID-19
#vaksin
#Jordan
#wabak
#petugas kesihatan
#golongan renta
#Pfizer BioNTech
#Sinopharm
#Wael Hayajneh