COVID-19: Peru peroleh 10 juta lagi vaksin Sputnik V

Astro Awani
Julai 21, 2021 08:24 MYT
Kerajaan Peru mengumumkan pembelian sejumlah 20 juta dos vaksin Sputnik V dari Rusia. -Gambar fail
LIMA: Kerajaan Peru mengumumkan pembelian sejumlah 20 juta dos vaksin Sputnik V dari Rusia.
Menurut presidennya, Francisco Sagasti, jumlah itu adalah pertambahan daripada 10 juta dos yang dipersetujui sebelum ini.
"Kita akan menyaksikan 10 juta lagi rakyat Peru divaksinasi sepenuhnya dan akan terus mengusahakannya sehingga akhir tempoh sebagai kerajaan bagi memastikan sebanyak mungkin rakyat divaksinasi," katanya.
Sebelum ini, pihak berkuasa kesihatan negara itu mendakwa vaksin Sputnik V menunjukkan kesan memberangsangkan sehingga 91.4 peratus.
Vaksin lain yang turut digunakan di negara itu adalah Pfizer, Sinopharm dan AstraZeneca.
Pelan seterusnya oleh kerajaan negara itu adalah memberikan suntikan kepada warga asing berusia 12 tahun ke atas yang menetap di negara itu.
Untuk rekod, 12.27 peratus populasi negara itu sudah menerima suntikan lengkap vaksin COVID-19.
#vaksin #Francisco Sagasti #Sputnik V #Sinopharm #AstraZeneca #Pfizer #suntikan #Rusia #Peru
;