COVID-19: Peru kuatkuasakan semula pemakaian pelitup muka

Astro Awani
Julai 5, 2022 01:00 MYT
Orang ramai menunggu giliran bagi menjalani ujian saringan di Lima. - Foto REUTERS
LIMA: Peru menguatkuasakan semula pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup dan terbuka susulan jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat, pada Isnin.
Menteri Kesihatannya, Jorge Lopez berkata, keputusan itu dibuat kerana peningkatan jangkitan telah melebihi lima peratus.
Peningkatan itu dianggap sebagai gelombang keempat koronavirus yang melanda negara tersebut.
Pada Mei lalu, Peru telah menarik balik arahan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka.
Sementara itu, pihak berkuasa juga mengesahkan 12 kes baharu cacar monyet dikesan.
Ini menjadikan jumlah kumulatif cacar monyet di negara itu sebanyak 15 kes sejak kes pertama dikesan seminggu lalu.
#COVID-19 #pelitup muka #cacar monyet #gelombang keempat