COVID-19: Perintah sekatan di Auckland kembali dilonggarkan ke tahap dua

Agensi
Mac 7, 2021 21:51 MYT
Tahap amaran sekatan di kawasan lain dalam negara itu dilonggarkan kepada tahap satu bermula Ahad. - Gambar/ Reuters
AUCKLAND: Sekatan pergerakan di Auckland kembali dilonggarkan pada Ahad selepas tiada kes baharu COVID-19 dilaporkan untuk lima hari berturut-turut.
Bandar terbesar di New Zealand itu kini berada dalam amaran tahap dua, yang mana penduduknya boleh makan di restoran dan kafe dengan syarat penjarakan fizikal satu meter.
Selain itu, sebarang perhimpunan sosial dihadkan kepada 100 orang pada satu masa.
Tahap amaran sekatan di kawasan lain dalam negara itu ditetapkan pada tahap satu yang lebih ringan bermula Ahad.
Perdana Menteri, Jacinda Ardern pada masa sama akan menilai semula sama ada dapat menurunkan tahap amaran di Auckland kepada tahap satu pada minggu depan.
Pada pertengahan Februari, penduduk Auckland seramai hampir dua juta orang dikenakan perintah berkurung mengejut selama tiga hari selepas sebuah keluarga disahkan dijangkiti varian baru virus COVID-19 dari Britain yang mudah berjangkit.
#New Zealand #Britain #Perdana Menteri #perhimpunan #menteri #keluarga #COVID-19 #perintah berkurung
;