COVID-19: Perintah berkurung kembali dilaksanakan di Havana
Astro Awani
Ogos 8, 2020 07:31 MYT
Ogos 8, 2020 07:31 MYT
KERAJAAN Cuba kembali melaksanakan perintah berkurung di Havana pada Sabtu susulan peningkatan kes COVID-19 di bandar itu.
Perintah tersebut sekali gus menyaksikan perkhidmatan restoran, bar dan kolam renang diarah tutup sekali lagi, selain penggantungan perkhidmatan awam dan larangan ke pantai.
Menteri Kesihatan José Angel Portal memaklumkan, 59 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Sabtu, menyifatkan keadaan tersebut boleh menjadi tidak terkawal sekiranya pihak berkuasa lambat bertindak.
Daripada jumlah tersebut, 41 adalah kes import, yang kebiasaannya dikesan dari Venezuela.
Portal turut menasihatkan pihak berkuasa agar mengawasi seluruh negara secara berhati-hati memandangkan kebanyakan kes COVID-19 dikesan tidak menunjukkan gejala sejak sebulan lalu.
Cuba mula melonggarkan sekatan di negara itu pada bulan lalu selepas penularan COVID-19 dilihat menurun.
Setakat ini, Cuba merekodkan 2,829 kes COVID-19, dengan 88 kematian berkaitan wabak tersebut.
#bar
#COVID-19
#Cuba
#Havana
#jangkitan
#Jos Angel Portal
#kematian
#kes import
#kes positif
#Kolam renang
#lockdown
#Pantai
#penularan
#perintah berkurung
#perkhidmatan awam
#restoran
#sekatan
#Venezuela