COVID-19: Perhimpunan pilihan raya cetus gelombang baharu di India

Astro Awani
Januari 9, 2022 08:56 MYT
Petugas syarikat kereta api melakukan kerja-kerja sanitasi di dalam gerabak. - Foto AP
NEW DELHI: Menjelang pilihan raya negeri yang penting di India, perhimpunan besar-besaran politik masih menarik ramai orang, walaupun pengenalan semula sekatan yang bertujuan untuk memerangi lonjakan jangkitan dicetuskan varian Omicron.
Ibu kota New Delhi telah mengenakan penutupan hujung minggu, selepas kes baharu di seluruh negara meningkat hampir empat kali ganda pada minggu lalu dengan kemasukan ke hospital juga meningkat.
Perintah berkurung malam dilaksanakan kembali, manakala restoran dan bar beroperasi pada separuh kapasiti.
Beberapa negeri juga telah menutup sekolah dan panggung wayang.
Orang ramai di jalan-jalan New Delhi pada Sabtu menyatakan kekecewaan mereka terhadap gelombang kes dan sekatan yang lain.
Tetapi pemimpin politik India masih sibuk dalam kempen menjelang Pilihan Raya Begeri, mengadakan perhimpunan yang penuh sesak dengan kehadiran berpuluh-puluh ribu orang ramai yang tidak memakai pelitup muka.
Situasi itu mirip dengan musim pilihan raya tahun lalu, apabila varian Delta mencetuskan kekecohan di negara itu dan menjadikan India sebagai salah satu negara yang paling teruk dilanda COVID-19 di dunia.
Beberapa parti politik kini mula mengehadkan kempen mereka dan mengurangkan perhimpunan, tetapi pakar kesihatan bimbang bahawa pengajaran daripada cetusan tinggi jangkitan tahun lalu semakin dilupakan.
#COVID-19 #sekatan #Omicron #pilihan raya
;