COVID-19: Perhimpunan desak kelonggaran sekatan di Itali
Astro Awani
Jun 20, 2021 12:50 MYT
Jun 20, 2021 12:50 MYT
PEMIMPIN Parti Liga Itali, Matteo Salvini pada Sabtu mendesak lebih banyak kelonggaran sekatan dan keselamatan untuk rakyat.
Bergabung dengan parti radikal Itali, Liga mendorong reformasi sistem keadilan yang lebih meluas.
"Kami tidak mempunyai hak, tetapi ada kewajiban, untuk berjuang dengan lebih bersungguh daripada sebelum ini.
"Demi untuk kesihatan, pekerjaan, keluarga, kecantikan, keselamatan," kata Salvini, di hadapan sekitar 2,000 penyokong Liga di Rom.
"Kami bosan dengan keadaan darurat COVID ini yang 'membunuh' kita semua dan sekarang, akhirnya, kita dapat bernafas dan kita ingin menunjukkan solidariti kepada presiden," kata Ernesto Capitanio, seorang penyokong Liga.
Salvini telah melobi Perdana Menteri Itali, Mario Draghi untuk mengakhiri undang-undang yang mewajibkan pemakaian pelitup muka sekurang-kurangnya di tempat terbuka secepat mungkin.
Pada Khamis, 27 peratus penduduk Itali yang berusia lebih 12 tahun telah menerima vaksin penuh COVID-19.
Jumlah kes harian yang sah, kemasukan ke unit rawatan rapi dan angka kematian menurun dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Salvini juga menggunakan ucapannya untuk meminta syarikat multinasional membayar cukai di negara tersebut.
Salvini membandingkan tindakan ke atas migran yang masuk ke Itali melalui Laut Mediterranean dengan keperluan orang Itali menunjukkan sijil COVID - atau Green Pass - untuk mengunjungi teater atau restoran.
Penyokong memenuhi perhimpunan politik itu, pertama kali diadakan sejak wabak bermula.
#cukai
#undang-undang
#COVID-19
#vaksin
#pelitup muka
#ICU
#perhimpunan
#Itali
#Parti Liga Itali
#Matteo Salvini
#Mario Draghi
#Syarikat multinasional