COVID-19: Perancis umum penutupan kemudahan tidak kritikal

Astro Awani
Mac 14, 2020 05:11 MYT
Edouard Philippe mengarahkan penutupan kebanyakan kedai, restoran dan pusat hiburan bermula tengah malam Sabtu.
Kerajaan Perancis mengarahkan penutupan kebanyakan kedai, restoran dan pusat hiburan bermula tengah malam Sabtu.
Perdana Menteri Edouard Philippe ketika mengumumkan perkara itu menggesa orang ramai agar tidak keluar rumah bagi mengekang penularan jangkitan koronavirus yang telah menjangkiti hampir 4,500 dan mengorbankan 91 mangsa di sana.
“Saya buat keputusan untuk menutup semua lokasi tidak kritikal, terutamanya kafe, restoran, pawagam, kelab malam dan kedai,” katanya.
Pengecualian diberikan kepada operasi kedai makanan, farmasi dan stesen minyak.
Philippe berkata kerajaan terpaksa mengambil langkah itu kerana tiada pilihan ekoran terlalu ramai yang masih berada di jalanan dan tidak menjalankan langkah yang diumumkan baru-baru ini, termasuk menjarakkan diri antara satu sama lain.
Perancis sebelum ini telah mengumumkan penutupan sekolah bermula Isnin dan menasihatkan warga tua yang berusia lebih 70 tahun untuk tidak keluar rumah.
#COVID-19 #Edouard Philippe #koronavirus #lokasi tidak kritikal #mengekang penularan jangkitan koronavirus #penutupan sekolah #pusat hiburan #warga tua
;