COVID-19: Perancis masuk gelombang kelapan
Astro Awani
Oktober 5, 2022 09:00 MYT
Oktober 5, 2022 09:00 MYT
PARIS: Perancis telah memasuki gelombang kelapan virus COVID-19 menjelang musim sejuk penghujung tahun ini.
Perkara itu disahkan oleh ahli Lembaga Strategik Vaksinasi Kerajaan Perancis, Brigitte Autran, pada Selasa.
Beliau berkata, semua petunjuk berkaitan COVID-19 mendapati kes baharu jangkitan sedang meningkat di negara itu ketika ini.
Angka COVID-19 Perancis yang diterbitkan pada Isnin menunjukkan purata pergerakan tujuh hari bagi kes baharu harian dengan angka terkini dilaporkan 45,631, paras tertinggi sejak 2 Ogos.
Angka keseluruhan kemasukan ke hospital COVID-19 Perancis pada 15,166 dan bilangan pesakit COVID-19 di unit rawatan rapi hospital (ICU) pada 843 juga berada pada tahap tertinggi sejak akhir Ogos.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah kematian akibat COVID-19 di Perancis kini berjumlah lebih 151,500.