COVID-19: Perancis dakwa pelitup muka fabrik kurang berkesan

Astro Awani
Januari 21, 2021 07:51 MYT
Olivier Veran ketika hadir pada satu sidang media di Paris, Perancis, 14 Jan, 2021. - Gambar fail REUTERS
KERAJAAN Perancis menyarankan rakyatnya menggunakan pelitup muka perubatan bagi melindungi mereka daripada jangkitan COVID-19.
Menteri Kesihatan Olivier Veran mendakwa, penggunaan pelitup muka jenis fabrik kurang berkesan menangani kesan penularan virus.
"Saranan saya kepada rakyat Perancis ialah, tidak lagi menggunakan pelitup muka fabrik," katanya kepada stesen penyiaran TF1 pada Khamis.
Perancis sudah mewajibkan penggunaan pelitup muka di tempat awam.
Namun masih belum membuat ketetapan jenis pelitup muka apakah yang harus digunakan.
Ia susulan kebimbangan penularan jangkitan dalam komuniti susulan varian baharu COVID-19 yang didakwa pantas menular.
Perancis kini merekodkan lebih 71,000 kematian sejak pandemik bermula.
Sekolah masih dibuka dan perniagaan tidak penting juga masih dibenarkan beroperasi.
Bagaimanapun, Pegawai Kesihatan Awam Perancis mengesan kenaikan kadar penularan dalam beberapa hari terakhir dan ia disebabkan varian baharu COVID-19.
#sekolah #kerajaan #pelitup muka #varian baharu #COVID-19 #fabrik #pandemik #Perancis #Olivier Veran #penularan #pelitup muka perubatan #jangkitan
;