COVID-19: Penyelidik Sweden gigih cipta vaksin, tetapi hanya akan siap 2021
Astro Awani
Mac 12, 2020 09:49 MYT
Mac 12, 2020 09:49 MYT
Usaha terus dijalankan para penyelidik Sweden bagi menghasilkan vaksin COVID-19.
Bagaimanapun, ia difahamkan, ia hanya akan siap pada tahun 2021.
Penyelidikan di Institut Perubatan Karolinska di Stockholm itu membina kaedah baharu tanpa menggunakan virus COVID-19 di makmal.
Sebaliknya, para penyelidik menyalin dan memasukkan seksyen kod genetik virus itu ke dalam plasma darah.
Walaupun para saintis dilihat bertindak dengan cepat terhadap wabak ini, Prof Matti Sallberg dari Institut Karolinska berkata, vaksin yang siap untuk edaran mungkin hanya tersedia pada tahun 2021.
Bagaimanapun, cabaran terbesar katanya, adalah jangkitan berkenaan mungkin hilang, apabila vaksin sudah tersedia.
#COVID-19
#Institut Perubatan Karolinska
#kaedah baharu
#kod genetik
#penyelidik
#perubatan
#plasma darah
#saintis
#Stockholm
#Sweden
#vaksin
#virus