COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda
Astro Awani
Januari 2, 2022 06:55 MYT
Januari 2, 2022 06:55 MYT
KEKECOHAN tercetus di kota Amsterdam, Belanda pada Ahad apabila berlaku pergelutan antara pihak polis dengan penunjuk perasaan yang membantah langkah sekatan COVID-19 yang dikenakan negara itu.
Menurut laporan, pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.
Bagaimanapun, arahan berkenaan tidak diendahkan oleh kumpulan berdemonstrasi yang berjumlah ribuan orang.
Mereka hadir dengan membawa kain rentang bertulis 'Kurangkan penindasan dan lebih ambil berat', selain slogan menuntut kebebasan.
Tunjuk perasaan itu memaksa anggota penguat kuasa mengerumuni dataran perhimpunan berkenaan.