COVID-19: Peningkatan kes menjelang Krismas, Republik Czech terap semula langkah sekatan

Khairunnisa Kasnoon
Disember 18, 2020 23:45 MYT
Sehinnga kini, Republik Czech merekodkan 72,781 kes dengan 7,590 kes baru Rabu dan 10,163 kematian keseluruhan. - Gambar REUTERS
REPUBLIK Czech menerapkan semula langkah-langkah sekatan COVID-19 pada Jumaat susulan peningkatan kes menjelang Hari Krismas.
Menurut pihak berkuasa, perhimpunan awam melebihi enam orang adalah dilarang serta larangan baru iaitu, perintah berkurung antara jam 11 malam hingga 5 pagi.
Hanya 20 orang dibenarkan menghadiri majlis perkahwinan dan upacara pengkebumian.
Selain itu, bar, restoran dan hotel juga diperintahkan untuk ditutup kurang dari dua minggu selepas dibenarkan untuk dibuka semula berikutan penurunan kadar jangkitan.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Republik Czech, Andrej Babis memaklumkan, kerajaan bersedia untuk memberi ganti rugi kepada perniagaan atas kerugian dialami.
Sehinnga kini, negara itu merekodkan 72,781 kes dengan 7,590 kes baru Rabu dan 10,163 kematian keseluruhan.
#COVID-19 #Republik Czech #langkah sekatan #perintah berkurung #perhimpunan #perkahwinan
;