COVID-19: Penggunaan vaksin berkesan cegah jangkitan - CDC

Astro Awani
Mac 29, 2021 05:37 MYT
Dapatan CDC mendapati dua vaksin, Pfizer dan Moderna, menunjukkan keberkesanan pencegahan virus pada tahap 95 peratus selepas dua dos. -Gambar fail
ATLANTA: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) mendedahkan penggunaan vaksin COVID-19 sebagai berkesan.
Ia mendapati dua vaksin, Pfizer dan Moderna, menunjukkan keberkesanan pencegahan virus pada tahap 95 peratus selepas dua dos.
Kajian ini adalah penilaian pertama dibuat selepas eksperimen di peringkat pengeluar.
Ia disertai 4,000 sukarelawan dari enam negeri, terdiri daripada petugas sektor kesihatan dan barisan hadapan lain.
"Kajian mendapati risiko jangkitan dikurangkan kepada 90 peratus selepas individu menerima dua suntikan dos vaksin.
"Kajian juga mendapati mereka mendapat kesan perlindungan hanya selepas vaksin pertama.
"Kadar jangkitan menyusut 80 peratus selepas dua minggu.
"Dapatan kajian ini juga konsisten dengan data dari ujian klinikal," kata pengarah CDC, Dr Rochelle Walensky.
Selain CDC, beberapa negara lain turut menjalankan kajian berhubung keberkesanan vaksin, termasuk United Kingdom (UK).
Kajian CDC meneliti jangkitan, termasuk yang tidak menunjukkan simptom.
Sekitar dua pertiga peserta divaksin dengan Pfizer, manakala selebihnya menerima suntikan Moderna dan Johnson&Johnson.
#COVID-19 #vaksin #kesihatan #Pfizer #Moderna #Amerika Syarikat #White House #England #United Kingdom #keberkesanan #jangkitan
;