COVID-19: Pengedaran vaksin di AS meningkat 70 peratus

Astro Awani
Februari 23, 2021 07:16 MYT
Jen Psaki mengumumkan beberapa daerah akan menerima kira-kira 14.5 juta dos vaksin minggu ini. - REUTERS
WASHINGTON: Bekalan vaksin COVID-19 akan diedarkan ke beberapa daerah di Amerika Syarikat bagi minggu kelima.
Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki mengumumkan, beberapa daerah akan menerima kira-kira 14.5 juta dos vaksin minggu ini.
Ini sekali gus menjadikan hampir 70 peratus peningkatan dalam pengedaran vaksin sejak bulan lalu.
Jelasnya, Penyelaras Koronavirus, Jeff Zients memaklumkan kepada gabenor daerah-daerah berkenaan peningkatan bekalan vaksin di farmasi dengan kira-kira 100,000 dos minggu ini.
"Koordinator COVID-19 Jeff Zients mengumumkan dalaM mesyuarat mingguan gabenor Amerika Syarikat, untuk minggu kelima berturut-turut, bekalan akan ditambah.
"Beberapa daerah akan menerima 14.5 juta dos minggu ini, berbanding lebih 8.6 juta dos setiap minggu sejak presiden memulakan pentadbirannya.
"Peningkatan bekalan itu menunjukkan hampir 70 peratus peningkatan sejak pentabiran Biden," kata Psaki.
Sebelum ini dilaporkan, dua vaksin COVID-19 yang diluluskan berdepan kelewatan pengedaran susulan cuaca buruk.
Ia menjejaskan penghantaran kira-kira 6 juta dos minggu lepas.
#Amerika Syarikat #COVID-19 #vaksin #koronavirus #White House
;