COVID-19: Pendekatan China tidak sesuai - WHO
Astro Awani
Mei 10, 2022 06:45 MYT
Mei 10, 2022 06:45 MYT
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpendapat polisi sifar COVID-19 yang dilaksanakan China ketika ini sebagai tidak berdaya tahan.
Menurut Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, ia susulan sifat virus dan apa yang dijangka di masa depan.
Jelas Tedros, WHO sudah mengadakan perbincangan dengan pakar-pakar dari China.
Ia memberi pandangan China wajar menukar polisinya berkaitan COVID-19.
Tambahan pengetahuan mengenai virus berkenaan serta peralatan lebih baik untuk mengekang virus tersebut bermakna sudah tiba masanya untuk menukar strategi.
Kenyataan WHO ini dibuat selepas pemimpin China mengulangi pendirian untuk menyelesaikan penularan di negara itu menggunakan pendekatan tegas.
Ini termasuk ancaman untuk mengenakan tindakan terhadap pihak yang mengkritik pendekatan itu.
Ketika ini China melaksanakan sekatan yang menjejaskan ekonomi kedua terbesar dunia itu.
Tegas WHO, dunia ketika ini perlu laksana pendekatan mengekang virus dengan seimbang, termasuk mengambil kira faktor ekonomi dan kesejahteraan penduduk.