COVID-19: PBB gesa kerajaan pertimbang cukai kekayaan

Astro Awani
April 13, 2021 08:16 MYT
Antonio Guterres berkata, dunia perlu memastikan dana disalurkan ke golongan yang paling memerlukan. - Foto REUTERS
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kerajaan semua negara mempertimbang untuk mengenakan 'solidariti atau cukai kekayaan' kepada golongan kaya.
Ini ditujukan kepada mereka yang berjaya menghasilkan wang yang banyak semasa pandemik COVID-19 dalam usaha untuk mengurangkan jurang ketidaksamarataan.
Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres berkata, dunia perlu memastikan dana disalurkan ke golongan yang paling memerlukan.
Laporan terkini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan lima trilion dolar dalam kekayaan golongan kaya di dunia pada tahun lalu.
Guterres sekali lagi mengatakan bahawa kumpulan 20 negara kaya dan kekuatan besar harus memanjangkan penangguhan perkhidmatan hutang hingga 2022 dan memperluasnya untuk membantu ekonomi membangun dan berpendapatan sederhana pulih dari pandemik itu.
Jelasnya ini perlu segera memperkuat struktur hutang antarabangsa untuk mengakhiri kitaran gelombang hutang, krisis hutang global dan dekad yang hilang.
Guterres juga mengulangi seruannya agar vaksin COVID-19 tersedia untuk semua negara dan meminta lebih banyak dana untuk membiayai sepenuhnya kemudahan perkongsian vaksin Covax.
Katanya, meningkatkan tindak balas global yang adil dan pemulihan daripada pandemik itu menguji kerjasama antarabangsa namun setakat ini ia dilihat gagal.
Tambahnya usaha vaksinasi adalah contoh di mana hanya 10 negara di seluruh dunia menyumbang sekitar 75 peratus vaksinasi global.
#PBB #ekonomi #cukai #COVID-19 #vaksin #pandemik
;