COVID-19: Parlimen Sepanyol luluskan sekatan dua minggu lagi

Astro Awani
Mei 20, 2020 06:30 MYT
Bermula Khamis, pemakaian topeng muka di kawasan awam di Sepanyol adalah diwajibkan. - REUTERS
PARLIMEN Sepanyol pada Rabu meluluskan usul melanjutkan perintah sekatan pergerakan untuk tempoh dua minggu lagi susulan penularan wabak COVID-19.
Usul itu diluluskan dengan 177 menyokong, 162 menentang dan 11 berkecuali.
Ini adalah kali kelima perintah sekatan dilanjutkan. Sekatan ini akan berkuat kuasa sehingga 7 Jun depan.
"Jalan yang kita ambil ini adalah satu-satunya cara untuk kita menewaskan virus ini," kata Perdana Menteri Pedro Sánchez kepada sidang Dewan.
"Terima kasih kepada semua ahli Dewan yang menyokong pelaksanaan sekatan ini kerana undi mereka telah menyelamatkan ribuan nyawa," tambahnya.
Sejak sekatan pergerakan peringkat negara dikenakan pada 14 Mac, Sepanyol telah berjaya menurunkan kadar jangkitan virus COVID-19 daripada lebih 20 peratus kepada bawah 1 peratus sepanjang minggu lalu.
Lebih daripada 230,000 jangkitan telah disahkan menerusi ujian makmal di Sepanyol.
Bermula Khamis, pemakaian topeng muka di kawasan awam adalah diwajibkan.
Setakat Rabu, Sepanyol mencatatkan 27,778 kematian.
#COVID-19 #jangkitan #kerajaan #koronavirus #Parlimen #Pedro S nchez #Perdana Menteri #sekatan #sepanyol #topeng #wabak
;