COVID-19: Panggung wayang di India kembali dibuka

Agensi
Oktober 15, 2020 19:21 MYT
Kapasiti pengunjung dan jadual tayangan akan dihadkan sebagai mengawal penularan COVID-19 yang kini telah menjangkiti lebih 7.3 juta rakyat di India. - Gambar REUTERS
NEW DELHI: Selepas tujuh bulan tidak beroperasi, sebahagian panggung wayang di India kembali dibuka kepada pengunjung pada Khamis.
Bagaimanapun, kapasiti pengunjung dan jadual tayangan akan dihadkan sebagai membendung penularan COVID-19 yang kini telah menjangkiti lebih 7.3 juta rakyat negara itu.
Sebagai mengurangkan risiko jangkitan, tempat duduk akan dipisahkan dan sistem pembayaran tiket akan dilakukan secara digital.
Pengusaha pawagam juga mewajibkan pemakaian pelitup muka dan pemeriksaan suhu ke atas penonton sebelum memasuki premis itu.
Namun, tidak kesemua kawasan membenarkan pembukaan semula panggung wayang, termasuk di Mumbai yang menyumbang hampir 37 peratus kematian akibat COVID-19 di negara itu.
Pada pertengahan Mac lalu, hampir 10,000 panggung wayang di India diarah tutup berikutan penularan wabak tersebut.
Setakat Khamis, India merekodkan 67,735 kes baharu COVID-19 dengan 680 lagi kematian.
#panggung wayang #India #Mumbai #operasi panggung wayang #filem #lebih 7 juta kes #COVID-19
;