COVID-19: Palestin terima vaksin tambahan sumbangan UAE
Astro Awani
Februari 21, 2021 06:46 MYT
Februari 21, 2021 06:46 MYT
RAMALLAH: Palestin terima penghantaran tambahan vaksin COVID-19 pada Ahad.
Vaksin disumbangkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu dibawa menerusi pintu sempadan Palestin di Mesir.
Penghantaran vaksin ini bagaimanapun dianggap bermotifkan politik.
Ia diatur pesaing Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Mohammed Dahlan.
Ia dianggap kemenangan moral buat Mohammed Dahlan menjelang pilihan raya Mei depan.
Penghantaran itu dibuat beberapa hari selepas pihak pemerintah Palestin berjaya mendapatkan 2,000 dos vaksin ke Gaza.
Ini susulan masalah logistik.
Vaksin berkenaan hanya cukup untuk 11,000 orang, iaitu sebahagian kecil daripada dua juta orang di Gaza.
Dianggarkan bahawa Gaza memerlukan 2.6 juta dos untuk menyuntik warganya yang berusia 16 tahun ke atas.
#pilihan raya
#Gaza
#vaksin
#COVID-19
#Mesir
#politik
#Mohammed Dahlan
#Mahmoud Abbas
#UAE
#Emiriah Arab Bersatu