COVID-19: PAHO mahu saringan untuk semua

Astro Awani
April 21, 2020 07:10 MYT
Dr Carissa Etienne berkata semua negara dari utara sehingga selatan di benua Amerika harus mengambil langkah lain untuk mencegah penularan. - Gambar fail
Organisasi Kesihatan Pan Amerika (PAHO) menegaskan keperluan menguji semua orang ketika pendemik COVID-19 ini.
Pengarah PAHO dan Pengarah Serantau Amerika WHO, Dr Carissa Etienne berkata semua negara dari utara sehingga selatan di benua Amerika harus mengambil langkah lain untuk mencegah penularan.
“Ujian yang lebih besar dan tidak berpusat akan membantu untuk memantau trend pandemik di setiap negara.
"Ini akan membantu kerajaan untuk memperkenalkan, melaksanakan langkah kesihatan awam termasuk penjarakan sosial.
"Meluaskan saringan akan membolehkan pihak berkuasa kesihatan tempatan meningkat dan melaksanakan pengesanan kontak rapat untuk mengasingkan kes dan memutuskan rantaian jangkitan dalam komuniti.
“Pertama sekali, negara digalakkan untuk meningkatkan saringan untuk COVID-19 dengan menggunakan semua kapasiti makmal yang ada di peringkat kebangsaan.
"Apabila ada kekangan, kita harus memastikan pesakit dengan simptom, pengesanan kontak rapat dan pantau mereka yang mungkin dijangkiti," kata Dr Carissa.
Tambahnya, saringan haruslah diperluaskan dan dilakukan di semua kawasan.
“Ketiga pastikan saringan boleh dilakukan untuk semua. Saringan haruslah percuma kepada pesakit.
"Kos saringan yang tinggi akan mewujudkan sekatan antara pesakit dan rawatan yang sangat diperlukan. Kita harus meluaskan akses kepada mereka yang memerlukan saringan,” katanya lagi.
Biarpun ketika ini jumlah kit saringan masih lagi belum mencukupi, ada petanda pasaran dan pengeluar sudah mula memberikan respons yang baik.
Tegasnya, langkah saringan ini harus dilakukan untuk semua orang dan bukan hanya kepada mereka yang mampu untuk membayar.
PAHO adalah pejabat organisasi kesihatan sedunia di benua Amerika.
#Amerika Syarikat #Carissa Etienne #COVID-19 #kit saringan #koronavirus #Organisasi Kesihatan Pan Amerika #PAHO #WHO
;