PERTUBUHAN untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) menjangkakan ekonomi dunia memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk pulih seperti sediakala.
Data menunjukkan negara-negara ekonomi maju menguncup 9.8 peratus dari April ke Jun tahun ini yang merupakan satu penguncupan besar.
Jika dibandingkan ketika krisis ekonomi 2008/09, negara ekonomi maju hanya menguncup 2.3 peratus.
Susulan itu, Setiausaha Agung OECD Angel Gurria tampil memberikan tiga nasihat kepada kerajaan-kerajaan di seluruh dunia demi memastikan ekonomi dapat terus dipertahankan sepanjang dunia mengharungi pendemik COVID-19.
1) Terus memberi bantuan semampu mungkin
Jelas Gurria, antara kesalahan besar yang dilakukan negara-negara semasa krisis ekonomi 2008/09 ialah dengan mengehadkan tempoh rangsangan ekonomi dan terlalu cepat melaksanakan pelan penjimatan.
"Ini mengakibatkan kelembapan ekonomi dunia bertambah berpanjangan.
Untuk itu, menurut beliau, kerajaan harus bersedia untuk terus memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Katanya lagi, apa yang harus lakukan kini ialah memberi tumpuan untuk melawan dan mengawal pandemik secara habis-habisan.
"Malangnya, ia tidak dilakukan ketika ini," jelasnya.
2) Bantu rakyat mencari pekerjaan
"Semasa krisis 2008/09 pekerja separa mahir merupakan yang paling terjejas berbanding pekerja berkemahiran rendah," jelasnya.
Tetapi kini golongan pekerja yang paling teruk terjejas ialah yang berkemahiran rendah dan masalah ini menjadi serius apabila mereka juga sukar untuk mempelajari kemahiran baharu.
Gurria juga berpendapat usaha peningkatan kemahiran kini menjadi lebih penting berbanding semasa krisis ekonomi sebelum ini.
3) Jadikan rantaian bekalan lebih fleksibel
Gurria juga mengingatkan negara-negara dunia agar tidak memutuskan rantaian bekalan sebaliknya mempelbagaikannya untuk meningkatkan kecekapan.
"Kita sudahpun berdepan masalah rantaian bekalan sebelum COVID-19 yang disebabkan oleh tekanan perdagangan bukan sahaja antara Amerika Syarikat dan China tetapi juga tekanan perdagangan yang disebabkan oleh isu cukai digital dan sebagainya.
"Malangnya keadaan ini menjadi sukar dengan COVID-19."
OECD meramalkan ekonomi dunia menguncup pada kadar 6 peratus tahun ini, tetapi kejatuhan ekonomi dunia dikhuatiri lebih buruk kepada -7.6 peratus jika wujud gelombang baharu pandemik.
OECD turut menasihatkan negara-negara dunia untuk memberi tumpuan kepada pelaburan dalam sistem penjagaan kesihatan bagi memastikan sebarang penularan baharu dapat dibendung.
Shafizan Johari
Sun Sep 20 2020
Data menunjukkan ekonomi maju menguncup 9.8 peratus dari April ke Jun tahun. - Gambar hiasan/REUTERS
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.
Tunku Puteri Intan Safinaz kekal Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia
Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kekal sebagai Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bagi tempoh tiga tahun akan dat
Pemimpin Israel patut dihukum gantung
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Memasuki tahun kedua, program larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Laporan Khas: Kita perlu selamatkan lebah, bukan bunuh atau hapuskan
Kajian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati, saban tahun jumlah haiwan itu semakin berkurang, menimbulkan satu masalah baharu kepada dunia.
Pemaju diminta tingkat guna tenaga alternatif, utama biodiversiti - TPM Fadillah
Kerajaan meminta pihak berkepentingan, terutama pemaju perumahan untuk beralih kepada tenaga alternatif seperti solar dan mengutamakan kepentingan biodiversiti.
[TERKINI] Polis buru lelaki cabul kanak-kanak usia 12 tahun
Polis memburu seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan, iaitu anak asuhan kepada isterinya.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
AWANI Ringkas: USS Abraham Lincoln | Operasi pencarian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
9 sekeluarga terperangkap rumah atas air tiba-tiba roboh, tenggelam
Seramai sembilan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak OKU berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Air, di Semporna tiba-tiba roboh dan tenggelam dalam air.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
AS siasat wabak E. coli berkaitan lobak merah organik
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai wabak E. coli baharu yang dikaitkan dengan lobak merah organik pada Ahad, lapor Xinhua.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.