COVID-19: Nigeria berdepan peningkatan berganda
Astro Awani
Ogos 12, 2021 08:31 MYT
Ogos 12, 2021 08:31 MYT
NIGERIA kini berdepan peningkatan kes harian secara drastik susulan penularan varian Delta yang pertama kali dikesan Julai lalu.
Sejak tujuh hari lepas, purata kes harian menunjukkan peningkatan dua kali ganda.
Namun, sejak beberapa hari lalu, lebih banyak bekalan vaksin tiba di negara itu, termasuk 4 juta dos vaksin Moderna yang disumbang Amerika Syarikat.
Dalam pada itu, peningkatan kes menyebabkan kerajaan dikritik kerana didakwa lambat menggerakkan kempen vaksinasi.
Bagaimanapun, pihak berkuasa menafikan perkara tersebut.
Menurut pakar kesihatan awam, vaksinasi negara tersebut dijalankan berdasarkan jumlah populasi yang disasarkan.
Namun, cabaran utama adalah penerimaan vaksin dalam kalangan rakyat tempatan.
Nigeria juga dilaporkan berdepan cabaran sistem untuk pengagihan vaksin.
#COVID-19
#kes positif
#peningkatan berganda
#Nigeria
#vaksin
#Moderna
#Amerika Syarikat
#bekalan vaksin
#pengagihan vaksin