COVID-19: New Zealand mula longgarkan sekatan

Astro Awani
September 6, 2021 23:02 MYT
Sekatan tersebut akan dilonggarkan bermula Rabu di bandar lain selain Auckland. - Foto fail/REUTERS
WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern umum sekatan di negara itu akan mula dilonggarakan termasuk di bandar terbesar, Auckland.
Ia susulan kejayaan negara itu mengawal penularan varian Delta selepas perintah berkurung dilaksanakan sejak minggu lepas.
Jelasnya sekatan tersebut akan dilonggarkan bermula Rabu di bandar lain selain Auckland.
Namun strategi membendung penularan virus tersebut akan tetap teruskan.
Walaupun sekatan yang dilaksanakan membuahkan hasil, namun Ardern menegaskan, pihaknya tidak mahu mengambil keputusan terburu-buru bagi mengelakkan peningkatan semula kes.
Kira-kira 1.7 juta rakyat di Auckland, pusat tercetusnya penularan, akan kekal di bawah perintah sekatan tahap empat sehingga 14 September ini.
Kelonggaran yang akan mula diberikan pada tahap dua di seluruh negara akan membenarkan pembukaan semula sekolah, pejabat dan operasi perniagaan.
Perjalanan rentas negeri juga dibenarkan.
Penggunaan pelitup muka kini diwajikan hampir di semua tempat awam termasuk kedai-kedai dan pusat beli belah.
Venue hospitaliti tempat tertutup juga dihadkan kepada 50 orang dan venue di tempat terbuka dihadkan kepada 100 orang.
Penularan baharu yang tercetus di negara itu menyaksikan peningkatan sehingga 821 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sejak bermula pandemik adalah 3,400 kes.
#COVID-19 #sekatan #longgar #Jacinda Arden