COVID-19: New Zealand lapor peningkatan dengan 24 kes baharu
Astro Awani
September 19, 2021 06:55 MYT
September 19, 2021 06:55 MYT
NEW Zealand melaporkan 24 kes baharu koronavirus tempatan pada Ahad, naik berbanding hari sebelumnya.
Angka itu menunjukkan peningkatan selepas beberapa hari data dikeluarkan menurun, susulan bandar terbesar, Auckland, menunggu untuk melonggarkan sekatan.
Kesemua kes baharu dilaporkan di bandar Auckland, yang berpopulasi 1.7 juta penduduk, yang berada pada perintah berkurung tahap 4 sejak pertengahan Ogos.
Perdana Menteri Jacinda Ardern akan mengumumkan pada Isnin sama ada tahap waspada di bandar itu akan diubah.
Pada hujung minggu, New Zealand berada di jalan terbaik untuk menangani wabak yang bermula pada pertengahan Ogos dan telah mejangkiti 1,050 orang dengan varian Delta.
Pengarah Kesihatan Awam, Caroline Mcelnay berkata, pihaknya masih optimis dengan berhati-hati mengenai lonjakan kes baharu.
New Zealand bebas daripada COVID-19 selama berbulan-bulan sebelum kes baharu meletus.
Negara itu mempunyai 3,700 kes yang disahkan sejak pandemik melanda, dengan 27 kematian.