COVID-19: New Zealand catat 83 kes baharu

Astro Awani
Ogos 30, 2021 00:10 MYT
Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern (kiri) dan Dr Ashley Bloomfield ketika tiba untuk mengadakan sidang media berhubung perkembangan COVID-19 di Wellington, New Zealand, 19 Ogos, 2021. - Gambar fail AP
NEW Zealand merekodkan 83 kes jangkitan komuniti baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif di negara itu setakat ini, 551 kes.
Daripada jumlah itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand Dr Ashley Bloomfield pada Ahad, 496 dicatatkan di Auckland dan selebihnya 15, di ibu negara, Wellington.
Pada Sabtu, lebih daripada 23,000 ujian saringan dijalankan dan hampir 78,000 dos vaksin COVID-19 diberikan.
New Zealand mencatatkan 26 kematian akibat COVID-19 setakat ini.
Data Johns Hopkins University menunjukkan, kurang 22 peratus populasi New Zealand telah divaksinasi sepenuhnya.
COVID-19 | New Zealand catat 83 kes baharu
#New Zealand #vaksin #COVID-19 #jangkitan