COVID-19: New Zealand bakal lanjutkan PKP selama dua minggu, sekatan dilonggarkan

Agensi
April 20, 2020 18:18 MYT
Perdana menterinya Jacinda Ardern, bagaimanapun, berkata langkah sekatan itu akan diberi sedikit kelonggaran. - Gambar REUTERS
New Zealand pada Isnin mengisytiharkan langkah kawalan pergerakan akan dilanjutkan selama dua minggu dalam usaha mengekang pandemik COVID-19.
Perdana menterinya Jacinda Ardern, bagaimanapun, berkata langkah sekatan itu akan diberi sedikit kelonggaran.
“Lagi seminggu bermula hari ini, New Zealand akan menamatkan perintah berkurung amaran tertinggi (Tahap 4) pada tengah malam Isnin.
“Kita akan beralih kepada Tahap 3 untuk tempoh dua minggu ini, sebelum mengkaji semula tindakan dan keputusan lanjut di Kabinet pada 11 Mei nanti,” katanya dalam sidang media kepada Reuters.
Di bawah Tahap 3, orang ramai tidak diarahkan untuk tinggal di rumah, namun pusat dan institusi awam masih ditutup dan perhimpunan besar perlu dibatalkan.
Ardern sebelum ini memaklumkan bahawa kerajaan bercadang melonggarkan beberapa sekatan sejak ia dikuatkuasakan empat minggu lalu.
BACA: COVID-19: New Zealand cadang longgar sekatan susulan trend jangkitan makin menurun
BACA: COVID-19: Kes semakin turun, Jacinda Ardern puas hati kerjasama rakyat New Zealand
Untuk rekod, New Zealand mencatatkan 1,440 kes jangkitan dengan 12 kes kematian akibat COVID-19 setakat Isnin.
#COVID19 #Jacinda Ardern #kabinet #koronavirus #New Zealand #perintah berkurung #perintah kawalan pergerakan #PKP
;