COVID-19: New York sasar 70 peratus divaksinasi dalam masa terdekat
Astro Awani
Jun 7, 2021 07:26 MYT
Jun 7, 2021 07:26 MYT
NEW York akan melonggarkan lebih banyak sekatan selepas mencapai 70 peratus daripada 20 juta rakyatnya diberikan suntikan dos pertama vaksin COVID-19.
Sasaran tersebut diharap dapat dicapai dalam masa terdekat, menurut Gabenor Andrew Cuomo.
"Apabila kita mencapai 70 peratus, saya merasa yakin untuk berkata kepada penduduk di bandar ini, kita boleh melonggarkan kesemua sekatan.
"Ketika ini kita pada tahap 86.8 peratus, hampir mencapai sasaran, tetapi kita mahu capai 70 peratus," katanya di New York pada Isnin.
Bagaimanapun, katanya, peraturan berhubung COVID-19 akan tetap diguna pakai di kawasan tertentu seperti transit awam dan venue yang besar.
"Sekatan jumlah kapasiti, penjarakan fizikal, protokol kesihatan, ujian saringan kesihatan, pengesanan kontak, penggunaan pelitup muka, hanya diperlukan seperti yang digariskan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC)," katanya.
Sementara itu, Cuomo berkata, New York kini membenarkan pelajar sekolah membuka pelitup muka semasa berada di kawasan luar ketika waktu persekolahan.
Tambahnya, beliau akan membenarkan negeri itu mengubah garis panduan CDC dan sekolah memilih untuk tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka ke atas kanak-kanak ketika berada di luar.
#New York
#pelitup muka
#suntikan
#vaksin
#dos pertama
#sekolah
#pelajar
#COVID-19
#ujian saringan
#Andrew Cuomo