COVID-19: New York kembali kenakan perintah darurat mulai 3 Disember
Nickyson Nyambar
November 27, 2021 23:50 MYT
November 27, 2021 23:50 MYT
NEW YORK : Bandar New York kembali mengenakan perintah darurat setelah mencatatkan peningkatan kes COVID-19 tertinggi sejak dilanda pandemik itu.
Menurut gabenornya, Kathy Hochul yang mengisytiharkan perintah itu pada Jumaat, ia adalah merupakan langkah proaktif sebelum varian Omicron menular di bandar Big Apple itu.
Keputusan itu akan berkuat kuasa mulai 3 Disember dan akan diteliti semula pada 15 Januari 2022.
Beliau dalam masa sama turut mengesahkan bahawa kadar kemasukan pesakit ke hospital di bandar itu akibat COVID-19 juga telah meningkat sejak beberapa bulan lalu dengan 300 individu sehari.
Kali terakhir New York dikenakan perintah darurat adalah pada 7 Mac 2020 sebelum ditamatkan pada 24 Jun lalu.
New York secara keseluruhannya merekodkan 8,200 kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lepas. Ini menjadikan kes keseluruhannya kini meningkat kepada lebih 2.71 juta.
Manakala jumlah kematiannya kesemuanya dicatatkan di kota metropolitannya iaitu 21 kematian, menjadikan angka terkini kematian 56,861.