COVID-19: New York hadkan jumlah pengunjung pesta tahun baharu di Times Square

Bernama
Disember 24, 2021 12:31 MYT
Sambutan di Times Square biasanya dihadiri 58,000 orang tetapi tahun ini ia akan dihadkan kepada 15,000 orang. - Reuters
WASHINGTON: New York akan mengehadkan kehadiran pengunjung untuk sambutan Tahun Baharu di Times Square minggu depan, lapor Sputnik, memetik Datuk Bandar Bill de Balsio.
"Sambutan di Times Square biasanya dihadiri 58,000 orang tetapi tahun ini ia akan dihadkan kepada 15,000 dan pengunjung tidak dibenarkan masuk sehingga 3 petang (waktu tempatan). Pengunjung perlu lengkap vaksinasi untuk hadir ke pesta itu," kata De Blasio pada Khamis.
Langkah-langkah perlindungan tambahan juga akan dilaksanakan untuk memastikan sambutan itu dianjurkan dengan selamat.
Selain memerlukan bukti 'lengkap vaksinasi' berserta gambar terkini, pengunjung juga dikehendaki memakai pelitup muka dan mematuhi penjarakan sosial.
Pada masa sama, New York City dengan kerjasama Times Square Alliance akan terus memantau keadaan dan mungkin mengambil langkah tambahan jika perlu.
-- BERNAMA
#COVID-19 #New York #Times Square #tahun baharu
;